Thursday, January 21, 2010

Letih.

Oke. Hari ni tiba-tiba jer rasa macam nak menaip. Rasa nak mengomen, nak mengarut
Post ini tidak berniat untuk menghentam sesiapa pun. Ini nukilan hati yang pedih.

Ini bukanlah hidup yang A mahukan. Transisi kehidupan A berlalu terlalu pantas, sehingga A rasakan hidup A ni macam dah tak betul.
A bukan macam A yang dulu. A yang dulu, selalu rasa bahagia, selalu rasa ceria, selalu rasa disayangi, dipercayai...

Tapi sekarang, A rasa tersisih, rasa terpulau, rasa tersendiri...kadang-kadang A terfikir, adakah itu salah A, atau emosi A yang mengganggu ni terlalu dahsyat? Yang A tahu, A dah banyak berubah. Dari yang selalu gembira dan seyum, berubah menjadi pendiam, pendiam dan pendiam...

A tahu, A ada banyak rahsia. Sebahagian daripada jasad A mahu seseorang memahami rahsia-rahsia silam A, tapi sebahagian lagi cuba menyembunyikan rahsia tu. A pun tak tahu kenapa. Yang A tahu, A susah nak percaya siapa-siapa yang berada dekat ngan A sekarang, mereka-mereka yang hidup bersama A di sini.

Masing-masing bukan macam teman-teman A yang terdahulu. Boleh dilabel sebagai selfish, memilih dan hipokrit. Dari dulu lagi A mengharap, menanti, mungkin akan muncul salah seorang dalam kalangan mereka yang boleh A percayai, boleh A kongsi apa masalah A, boleh memahami apa gangguan emosi A, tapi sampai kini, insan tuh masih lagi tak muncul-muncul.
Insan yang bernama teman...atau 'saim' dalam loghat A.

A rasa terseksa, terganggu sebab menanti terlalu lama..dan A tahu, penantian itu satu penyeksaan.

A buntu. A tak tahu ini salah siapa. Salah A, ataupun salah mereka? Salah A yang terlalu memilih, terlalu ego, terlalu berfikiran negatif, atau salah mereka? A yang salah?

Entahlah, A dah cuba. A dah cuba dan dah cuba lagi.

Mesti ada yang mengomen, yang merungut tentang post ni. Mesti ramai yang berkata, "Ah, budak emo nih dah terlebih emo la pulak. Nak hentam orang lain pulak, padahal tu salah kau. Kau yang salah, tak cuba bersosial. Apa aku kisah pasal hidup kau?"...dan hati kecil A berdetik. Yelah, A yang salah. A yang tak pandai bergaul. A yang salah. A yang salah.
Tapi, takkan mereka tak tahu ke yang orang-orang macam A ni dah cuba. Dah usaha. Kami dah mencuba, dan dah letih mencuba.

Mereka pulak? Pernah mereka cuba? Pernah mereka fikir pasal orang-orang macam A? Takkan A harus berpura-pura jadi sesuatu yang bukan bersifat sebagai diri A, sesuatu yang berbeza daripada diri A, yang mana A sendiri rasa tidak selesa hidup sambil bertopengkan kepura-puraan.

Itu yang buat A kadang-kadang rasa A pelik. Rasa musykil. Rasa hairan.
A hidup dalam kalangan makhluk-makhluk yang Tuhan kurniakan akal fikiran. Malah kebijaksanaan yang dikurniakan melebihi kebijaksanaan manusia-manusia lain. Mereka punya akal, punya ilmu, dan punya hati. Takkan mereka tak cuba menyelami hati dan perasaan orang lain. Manusia dah berhati batukah sekarang ni?

Cukup-cukuplah, A sudah letih jadi hipokrit. A dah letih jadi orang yang selalu berkorban, orang yang selalu berpura-pura, namun hasil yang A dapat, kosong! A dah letih, dah letih, letih...

p/s - maafkan A sebab terlalu dipengaruhi emosi. tapi inilah realiti, realiti hidup yang kadang-kadang sukar untuk difahami. manusia kian hari kian pelik. dan membencikan. A benci manusia-manusia!

No comments: