Tuesday, January 26, 2010

Makan Hati

Pernah tak korang rasa geram, apabila benda yang korang nak sangat-sangat tahap gaban, tapi korang tak leh dapat? Haiseh, benci betullah. Sekarang ni musim winter, dan melalui observation A hari tu, ada sale besar-besaran di satu kedai yang A memang suka sangat-sangat. Ramai yang cakap kedai tu mahal, dan ramai bebudak scholars tak nak beli kat situ sebab nak jimat duit. Padahal sebenarnya bagi A, mereka-mereka tak pandai cari benda yang murah dalam kedai tuh. Muahaha

Bagi A, memang la kedai tuh mahal dan agak berjenama, tapi dah jadi tipikal buat A, kalau A suka sesuatu benda, A akan terus amek dan beli, tak kiralah benda tu mahal atau tak. Contoh paling obvious - makanan. Kalau makanan tuh ada brand jer dan A berkenan sangat-sangat, terus A amek dan masukkan dalam troli. Macam hari tu, A memang kempunan sangat nak makan biskut ala-ala chipsmore buatan New Zealand yang harganya nak dekat RM15. Bukannya tak der biskut cenggituh yang murah, tapi A tertarik dengan baunya yang fresh, dan cara packingnya yang memang menggoda giler. Lepas pikir banyak-banyak kali, A amek jugak sebab kalau tak amek, A akan rasa gelisah yang amat. Daripada gila meroyan, baik A amek. Huhuhu.

Tapi, bukan semua benda A melulu jer beli. A pun manusia, dan bukannya daripada keluarga yang berada, dan bab-bab tuh, A memang selalu ingat. Cuma kadang-kadang nafsu nih memang susah gila nak dilawan. Lepas beli tuh, mulalah rasa membazir. Ini tak suka, itu tak suka. Yelah, namanya lagi manusia, tak pernah rasa puas.

Oke oke, berbalik kepada kisah sale tu, benci betul! A sekarang ni kalau nak diikutkan, mahu jer terus pergi dan beli, memandangkan last day sale tu ialah pada bulan Februari (kot?), dan itu bermaksud 4 hari lagi dari sekarang. Memang la A pokai gila-gila sekarang, tapi saving A still afford untuk beli pakaian sale tuh. Benci benci benci. So nak tak nak, A kena listkan beberapa sebab yang tak boleh dikira tercapai akalmu yang menjelaskan kenapa dan mengapa A nak bershopping sangat-sangat dalam sale tuh.

1. Itu winter collection punya fashion, dan maksudnya lepas habis musim ni dia akan start buat fesyen baru untuk musim yang baru. Kalau A beli yang winter punya, mesti orang lain tak dapat beli punya. Selamat daripada redudancy fashion.

2. Memang sale yang menggila sangat-sangat. At least dapatlah A merasa pakai baju yang harga asalnya mahal-mahal, tapi bila sale terus aje jadi murah. Harganya memang menggoda gila ohh.

3. Nanti kalau dah habis sale ni, tak taw bila lagi kedai tu akan buat sale lagi, dan katakanlah taim sale yang baru tuh tiba, mesti bebudak scholars yang lain dah ada duit-muit yang menyebabkan diorang mampu beli pakaian kat tempat tuh. Mesti akan ada yang beli baju yang sama. Tak nak, nanti ada redudancy

4. Sebenarnya A berminat kat satu jacket nih, jacket panjang yang diperbuat daripada kulit dan memang stylo amat sangatlah, sebab biasanya jaket panjang yang jenis tuh tak der yang diperbuat daripada kulit. Unik dan lain daripada yang lain.

5. A takut nanti, bila dah habis sale, sumer impian A tuh akan jadi macam harga asal balek. Takutnyaa...melepas aku

Tapi bila dipikirkan, bahaya jugak kalau bershopping sakan sekarang. Nanti kempunan pulak bila ada stok baru. Sebab-sebab antonim mengapa A tak patut bershopping sakan buat masa sale sekarang:

1. Nanti ada stok bagi musim baru. Stail baru, dan bukan stail winter punya. Design baru. Entah-entah ada yang lagi comel.

2. Saper cakap nanti takder sale. Mesti ada punyalah. Kena selalu usha dan memerhati.

3. Betulke diorang akan hapuskan stok tuh bila ada line-up fashion yang terbaru. Entah-entah diorang still simpan lagi kot. At least ada lagi peluang. *wink

4. Tak baik membazir duit. Baik simpan duit untuk tambang balik. Membazir saja kerjanya kamu nih.

So, lepas pikir-pikir balik, rasa macam terbahagi dua jiwa nih. Nak beli, yang jugak bermaksud menghabiskan duit saving A, atau tunggu duit masuk dulu baru beli, yang juga bermaksud sale tuh dah habis dan menyebabkan peluang tuh melepas. Tapi, A rasa macam ada strong feeling jer yang membuatkan A tanak beli lagi. Hmm..fikir-fikirkan dan selamat beramal.

P/S - Sebab utama A nak bershopping sakan dalam sale nih adalah sebabnya baju yang A beli kat situ dulu, direducekan harganya jadi separuh daripada harga yang asal dan itu menyebabkan A tak puas hati. Harga yang asal tu pulak, sama mahalnya dengan jaket kulit panjang idaman A. Harga asal jaket lama = 1/2 Harga jaket idaman. Benci benci benci.

3 comments:

Unknown said...

hahahaha..
ktk yg sunyi,kita mngalami mslh yg same..hahhaha..
tnsen kn?..adeyh..saba jek laaa...

nadhirah said...

Dasyat giler adik aku ni pikir pasal shopping, mengalahkan kakaknya. huhu

afiqsamuel said...

mun, bagus2. mmg kat sini mmg kena banyak sabar.
nadh, muahaha. biasalah, shopping itu membahagiakan :)