Fuhh.
Minggu ni menggila seket semuanya
Dah rasa macam student medik dah tahun ni. Minggu ni saja dah ada empat exam, berturutan dari hari rabu hingga jumaat. Sebenarnya dua subjek je sepatutnya; anatomi dan histologi, tapi sebab tak lepas ujian fisiologi minggu lepas, terpaksa kena repeat paper tu hari ni. Biokimia pulak tak tahu lagi result, so lebih baik prepare daripada tak bersedia langsung.
So overallnya pasal result tak yah la bagitahu. Just so-so je, nama lagi budak medik. Lagipun A bukannya kisah sangat pasal result, asalkan faham, tu bagi A dah cukup.
Sebabnya, kat sini semuanya bergantung pada nasib sebab semuanya oral. Cuba bayangkan, semua yang kita belajar dan baca dari buku yang tebal-tebal tu, semua kena ingat dalam otak. Lagipun bila oral, takleh nak fikir lama-lama, pastu gementar dan banyak lagilah faktor lain yang buat A cakap semua tu sebab nasib. Bukannya tak prepare atau tak study ke apa, cuma ada masanya mungkin Allah tutup mata hati kita jap, buat kita nerves ke, ataupun buat kita jadi blurr. Sebab tu hubungan dengan Allah kena jaga.
Nasib baik kat sini, asal lulus dah kira syukur sangat-sangat, sebab kat sini tak pentingkan sangat markah atau gred purata atau so on. Kalau sini ada ikut pointer, memang A mati haha.
So malam ni memang nak tidur puas-puas, layan episod drama yang tertangguh, dan tenangkan otak.
Yelah, dah tiga malam berturut-turut dah A tidur dalam dua jam je sehari, pastu otak ni dah kuat sangat dah bekerja, kena bagi dia rehat dulu. Kang tiba-tiba meletup kang, naya nanti.
Haha tiba-tiba teringat lirik lagu Katty Perry tajuk Last Friday Night, dia cakap TGIF!
TGIF - Thanks God it's Friday!
1 comment:
wuuuu...
it hurts, ha-ha
Post a Comment