Wednesday, January 12, 2011

Emosi Pasca-Anatomi

Haha dah lama dah taip benda ni, tapi macam biasalah, taip separuh jalan, pastu biar dia main sorang-sorang kat sarang draft tuh. Anyway, yep, hari ni aku bersemangat nak sambung balik apa yang aku tulis hari tuh.

Hari tu macam yang korang tahulah kan kalau baca post post yang terdahulu, aku sepatutnya sekarang ni dah lepas dah kan final exam anatomi. Haha memang dah lepas, cuma keadaan emosi lepas anatomi tu memang tak menentu. Yelah, dengan penuh silunya meh nak bagitau seket markah anatomi aku nih. Ni rahsia tau, jangan sibuk-sibuk nak bagitau orang lain, even kat aku pun tak yah sibuk-sibuk nak bagitau or tanya. Kang aku sekeh kepala sorang-sorang yang mana sibuk-sibuk nak jadi Mami Jarum nih.

Okeh, dah ready?

Hoho dalam batch aku, aku salah sorang yang dapat markah yang paling rendah, iaitu sekadar lulus sahaja. Please junior junior atau sesiapa sahaja yang terbaca blog ni dan menganggap aku sebagai idola, jangan tiru apa aku buat okeh, aku tak de lah bijak dan hebat sangat. Sederhana sahaja orangnya XD

Okeh itu bunyinya poyo.

Tapi betul, aku dapat markah sekadar cukup makan je, dan sebab tu aku jadi emosi dalam dua tiga hari. Sebabnya, kalau nak compare ngan orang lain, aku doublekan effort aku untuk subjek ni, orang lain yang pergi tak baca apa-apa pun dapat markah better lagi daripada aku, tapi aku?

Haihh.

Yelah, mungkin aku riak kot waktu tu sampai Allah tutup mata hati aku waktu jawab soalan tuh. Memang betul, aku blacked-out waktu lecturer tanya aku soalan oral tuh. Aku emo bukannya sebab apa, cuma aku rasa aku dah usaha dua kali ganda daripada orang lain, pastu aku dapat lecturer yang disayangi ramai sebab orang cakap dia paling murah hati, tapi still lagi dapat markah macam tu kan?

Sebenarnya sebagai ayat penyedap hati, aku tak kisah pun dapat berapa, sebab macam kawan aku tulis kat facebook, "tuhan tengok usaha yang kita buat, bukan markah kita". Tapi tulah, lepas tu kawan aku reply, something macam "masalahnya yang orang tengok markah, bukannya usaha", dan yang tu buat aku terpikir. Yelah, manusia memang bengong, suka benar je judge judge orang. Yelah, aku waktu tu malu ngan orang sebab usaha berzillion zillion, tapi result seciput miput, malu takut kena gelak dek orang.

Haih salah salah salah. Kena tukar mindset nih. Sepatutnya kena malu dengan Allah sebab kita ada buat something yang Allah tak berkenan, sebab tu semua benda yang kita buat tu tak smooth je. Memanglah malu, tapi nak buat macam mana, dah tertulis dah semua tu, dan ada hikmah terlindung di balik semua tu. Kena fikir macam tu lah, sebab kalau difikirkan balik, memang ada benda terlindung di sebalik apa yang aku terima. Tapi tu sekret lah, takleh exposed sana sini, biar aku je yang tahu. Nak tahu sila emelkan aku atau tanya formspring, nak kenal la jugak yang mana satu boleh aku labelkan sebagai Mami Jarum Rum Bam Bum nih.

Haihh, lulus pun luluslah, at least aku faham apa yang aku belajar untuk dipraktikkan pada masa depan.

Dan untuk penyedap hati sekali lagi, hoho dengan kejamnya aku berharap mereka yang menghafal gila-gila daripada memahami, semoga korang berjaya besok karang muahahaha

Oops aku over (macam biasa) XD

No comments: