Sunday, January 9, 2011

Hanyut Memang Hanyut, oh FT

Haha kesian mereka yang mengharapkan Yuna atau Faizal Tahir menang AJL malam ni, sebab yang jadi juaranya Ana Raffali. Memang tak disangka-sangka kan? Baguslah Ana Raffali menang, lagu tu okay lah berbanding yang lain, sebab memang tak sedap lah lagu tahun ni except lagu Hanyut. Cuma cik Ana sayang oi, kalau boleh lain kali please-lah jangan letak too much props atas pentas tu, too much going on, i prefer you with your voice and your guitar, macam taim u nyanyi at the end without props segala bila u tahu u menang. Kan sweet bunyinya lagu tu. Takyah sangkar segala, lagu tu sesuai without props.

Anyway keputusan memang entah apa apa, dan persembahan semua merapu-rapu.
Hafiz menang vokal terbaik? Memang pelik ajl tahun ni. Kan bagus kalau pilih lagu based on kategori macam dulu-dulu, ada balada, etnik kreatif, pop rock, kan bagus macam tu. Yelah, aku memang mengharap Kak Adibah Noor yang masuk tahun ni, lagu Sejujur Hatimu tu memang superb, jauh superb dari lagu Adira and Shahir tu.

Malam ni semua macam malas nak buat yang terbaik jek. Selamat Malam is a disappointment, Sofea Jane pun, Kebahagiaan Dalam Perpisahan pun. Even Dato' Siti pun nampak pancit seket. Takut ngan Sharifah Aini dan Ziana Zain ke Tok Ti? By the way lawa tudung, oops.

So yelah, semua merapu-rapu, paling tak best lagu Mencari Konklusi, serabai amat! Lain kali pihak juri please pilih lagu bukan based on indie or tak indie, pilih yang betul-betul bermutu yek. Tak bermakna orang tu fofular kat youtube ke hapa lagu dia tu sedap. Lagu Cinta Sempurna tu mengantuk je bagi aku, sori Yuna's fan XD

Anyway thanks TV3 sebab ada effort susah susah buat streaming, kalu tak, memang tak menengok la AJL tahun ni and tahun lepas. Buat Faizal Tahir, kitorang kat sini pun tak tahu tang mana u tak leh menang, sebab your performance memang awesome lah.

So whatever lah AJL, Faizal is Mail, Ally is Kandar, shadap not shadap.

Yang penting, Tolong Ingatkan Aku tu memang mengingatkan aku yang aku ada tiga hari lagi sebelum final Anatomi! Baru sampai bahu, tu pun tak habis, macammana lah nak sampai ke kaki perut segala. Matilahhhh.


p/s - haha video Aliff aka Misha Omar tu epik gila! Ingatkan cik adibah saloon tu yang menang hoho

1 comment:

dr.vEeL said...

OMG Afiq, I like ur review.. waa, blh jadi penulis untuk Bintang Pop atau Mangga (hahahaha..) ...