Monday, March 29, 2010

29 Mac 2010

9.15 a.m pagi semalam, waktu sini

A tersedar dari tidur. Huissh, bangun lambat. Baru jer berangan nak attend lecture. Dah lewat dah ni. Sepatutnya kena bertolak pukul 7.30 lagi ni. Burn lah tiga lectures.

Semalam A tak leh tidur. Bajet nak buat "on-call" sikit sebab takleh tidur, tapi alih-alih, A tertidur pulak. Maybe terlelap around 4.00 a.m kot. Crap. Terus mandi cepat-cepat dan bajet nak bertolak around 10.30 a.m untuk kelas pizik.

Pukul 9.45 dah siap-siap. Baru je nak makan bekfast, my rummet bagitau yang ada letupan lagi kat Russia. Dengan muka tak-hendak-tahu-sangat sebab kalut-kalut, A tanya kat mana? Dia bagi tau dekat Park Kultury dan Lubyanka. Terus A kaget. Takut. Resah gelisah.

Park Kultury? Lubyanka?
Line merah.
Line yang paling dekat dengan hostel A selain line oren.

Kenapa kat situ? Kenapa mesti kat line merah?
Ya Allah, dekatnya.
Ya Allah, takutnya.

Terus tiba-tiba datang si Abraham bagitau.
Today jangan keluar. Ada suicide bombing. Bahaya.
Banyak laluan subway ditutup.
Kalau ada kawan yang on the way, call suruh balik.

Terus A teringat pasal kawan-kawan.
Suasana mesti kelam kabut. Mesti ramai yang panik. Celaru. Huru-hara.
Dalam hati dah start fikir; rasa-rasanya tak der kot yang pilih laluan merah, sebab biasanya budak-budak ni naik laluan oren.

Then sibuk-sibuk call. Nak cuba pastikan semua selamat.
Tup tap tup tap ada kawan call bagitahu, yang diorang dekat Fruzenskaya. Stuck kat situ sebab line merah ditutup. MasyaAllah, kenapa tiba-tiba hari ni ada yang gatal-gatal nak naik line merah? Biasanya tak pernah. Mereka di hostel sini dah kelam kabut. Asyik call sini sana. Mengharap. Menanti yang lain selamat.

Suasana takut gila.
Masing-masing ada andaian sendiri.
Masing-masing ada kisah tersendiri.
Alhamdulillah, semua selamat.
Cuma ada dua tiga orang senior yang tercedera dalam kejadian tu.
Hati takut.

Ya Allah, kot kot mana pon, mesti Islam akan dipersalahkan
Mesti Islam dipersalahkan
Mesti Islam dipersalahkan
Asyik asyik bom je salahkan orang Islam

Mereka di rumah cuba dengar berita
Youtube, CNN, Russia Today
Masing-masing kelu. Diam.

A tengok dalam Youtube.
Tengok keadaan ramai mayat terbujur kaku di stesen Park Kultury
Tengok tompok-tompok darah merah
Tengok kekagetan orang ramai
Dan tengok komen-komen hina masyarakat dunia tentang Islam

Dan bila segalanya reda
A dengar, ada perempuan bertudung dipukul
A dengar, ada beberapa lelaki Muslim dipukul
MasyaAllah

A masih ingat petikan berikut daripada wikipedia

"Another hoax occurred about an hour after the second explosion at the Ulitsa Podbelskogo station when passengers noticed a Muslim woman entering the train"

Muslim woman?
Muslim woman?

Dunia makin teruk terhadap Islam.
Atau Islam yang makin teruk terhadap dunia?
Siapa yang patut dipersalahkan, A tidak tahu.
Siapa yang betul, siapa yang salah, A tidak tahu

Huh
Inilah dunia
Makin lama makin bercelaru

P/S - Takziah bagi mereka yang kehilangan insan yang tak sedikitpun bersalah dalam hal ni. Dan buat teman-teman dan juga A, Alhamdulillah kerana masing-masing selamat. Sedikit sebanyak insiden ni buat kita jadi takut akan kematian, dan buat kita fikir yang maut itu boleh menjemput kita di mana-mana.

4 comments:

nabila ssi said...

saya pon sedih
dah di triple standardkn.
baru 1st yr.ape lg nxt 5 yrs
hunussszhann

afiqsamuel said...

hmm..nak buat macammana. nak sangat datang sini. btw, apa tuh huhussszhann tuh? korean thingy ke? huish

definitely.me said...

huhu.
risau aku psl mende2 cmni.

wey, blaja kt moscow sane ke?
tahun bape dh?
kezen aku de sorg kt sane.
tp die dh tahun ke 3 raseny.. hu~

afiqsamuel said...

haha fza zazha. betul betul, blaja kat moscow, n baru 1st year. ade kezen? moscow jugak eh?