Monday, March 8, 2010

Malas


Hari ni A ponteng kelas.

Sejak akhir-akhir ni, A makin kerap ponteng kelas. Kemalasannya bertambah-tambah sehingga mencurah ke ladang gandum. Alah, bukan kelas apa pun, kelas Fizikultura je kot. Haihh...dah besar panjang lebar pun still nak kena ber-pj lagi ke?

Benda ni salah sebenarnya, tapi memikirkan A pun dah lewat, dan biasanya cikgu tu bias seket terhadap lelaki, dan memandangkan kurang sambutan daripada pelajar lelaki serta subjek paling A tak suka, A memutuskan untuk ponteng seponteng-pontengnya kelas Fizikultura hari ni.

Lagipun, cikgu tu tak kisah kot ramai yang tak datang. Tapi sebenarnya, kat sini attendance amatlah dititkberatkan. Berbanding result taim exam, lecturer lebih pentingkan pasal kehadiran berbanding result. Pelik pelik. Hmmm...A rasa, macam ada firasat dalaman yang mengatakan cikgu tu lambat laun akan makan hati jugak ngan kitorang yang selalu ponteng kelas dia. Ahaha, biarlah. Tunggu dia mengamuk sakan dulu.

Entahla, sejak kebelakangan ni, A rasa malas yang amat. A tak rasa malas nak kelas, tapi rasa malas nak hadiri benda-benda leceh macam lecture. Kat sini, lecture bukannya semua yang dia ajar tu kita faham. Entah apa-apa entah lecturer tu explain kat depan, satu habuk pun haram dapat masuk dalam kepala otak A nih. Dengan suara perlahannya, dan ditambah ngan slaid yang ayatnya panjang berjela-jela, serta bahasa Inggeris yang bermacam-macam slang, aduh...nak putus fius ni. Daripada pergi tak dapat apa-apa langsung, baiklah A duduk study ataupun qada' waktu tidur kat rumah.

Kawan A pernah bagi equation nih.

Lecture = tidor, tidor = rumah, so lecture = rumah.

Pergi lecture ngan duk rumah sama je.

Tapi, benda ni dah melalut sangat-sangat ni. Benda ni salah salah salah. Takkanla A sampai begitunya lalu malas nak pergi lecture. A pergi, tapi based on mood. A pun pilih-pilih jugak nak pergi lecture mana. Yang mana dapat input lebih sikit, yang tu lah A utamakan. Yelah, takkan nak memanjang ponteng lecture? Ni nak jadi doktor ke hapa pemalas amat nih?

Haihh...apalah nak jadi ngan A...

P/S - Yeay! FYI, fizikultura itu pendidikan jasmani. Ahaha. Gedik

2 comments:

nabila ssi said...

inche A
malas=lazy
lazy=malas

haha..
sy tahu kamu tahu ape yg sy tahu.
mmg mood merepek
bosan bosan
ahh, sy mmg gedik

(mud mengutuk diri sendiri)

Nana said...

kalau nak jadi author farisian community, please send me your email, i will send invitation