Saturday, January 8, 2011

My Hangat-hangat Tahi Ayam

Okay, gross.
For those yang tengah makan nyum nyum tu sori kalau buat korang tak lalu makan seminggu.

Secara definisinya, hangat-hangat tahi ayam maksudnya buat sesuatu secara bersungguh-sungguh hanya pada waktu permulaan, atau kalau nak senang, maksudnya klimaks cuma pada waktu awal, lepas tu hampeh malas nak buat dah sesuatu perkara tu. Yelah, mula-mula hangat, lepas tu...err, lu pikir la sendiri. Kang tak lalu nak makan seminggu. Aih macam buat esei bm la pulak siap ada UBI dan definisi di permulaan ayat nih haha.


Okeh sambung sambung.

Bila buat kerja, aku memang jenis yang huha huha semangat waktu mula-mula jek. Tapi lepas tu, aku jadi hampeh. Lepas pikiaq balik, aku rasa sebab aku jadi macam tu sebab aku ni jenis yang kuat berfikir, selalu pikir benda yang melalut lalut sampai ke mana mana entah, dan mostly semua benda yang aku pikir tu negatif. Tak kisah lah pasal study ke, pasal shopping ke, pasal nak gi jejalan memana ke, haih memang hampeh.

Tapi tu bukanlah salah satu sifat sebenar aku, cewahh tanak kalah haha. Kalau nak diikut-ikutkan, berbanding ngan yang lelain, aku tak de lah hampeh sangat. Penyakit tu kadang-kadang je, dan biasanya benda tu yang jenis melibatkan jangka masa panjang untuk di-accomplish-kan, tu je. So kalau yang jangka panjang tu, biasanya aku guna teknik membunuh diri di last minute lah, hoho. Dan kadang-kadang, aku biasanya siapkan benda tu di kala semangat tu masih hangat, tapi probabilitinya memang tak banyak sangatlah.

Mana-manalah, janji kerja siap, dak eh gitu?


Okeh, sambung baca anatomi, nak final dah 12hb nih.


p/s - tapi bunga tahi ayam lawa lah, dan nama mat salleh dia pun lawa; marigold

hah amek ko bunga tahi ayam

eh apasal wikipedia cakap nih tahi ayam?

bukan yang ni ke?




2 comments:

talam2muka said...

betol la bunga tahi ayam yg atas tu..

afiqsamuel said...

eh tapi kampung aku cakap yang bawah tu bawah tu bunga tahi ayam?