Friday, March 9, 2012

Mencari Konklusi

Rupa-rupanya menanti benda yang dah ada depan mata tersangatlah sungguh oh-tak-osem.

Macam mana aku boleh tanam sikap nak menunggu pun aku tak tahu. Kenapa kena tunggu sedangkan daripada bazirkan masa macam tu je, lebih baik kita usaha mencari turning point tuh.

Tapi this is such a true story.

Tengok kanan, tengok kiri, semua dah berubah. Hati ni rasa dangkal dan cemburu bila tengok semua dah makin lama makin bersih. Kadang-kadang rasa macam diri ini malu jugak sebab diri ini tahu yang ramai yang nampak perangai aku ni baik, tapi diri sendiri rasa macam diri ni baik luarannya tapi dalamannya hampeh. Tak berapa baik. Busuk.

Lepas tu mulalah diri ini start mengadu pada tuhan. Mengadu kenapa diri ini rasa kotor dan busuk. Mengadu kenapa sinar harapan yang ditunggu tak jugak kunjung tiba. Mengadu mengapa tak nampak sebarang kelibat pun cahaya yang dapat tolong untuk aku keluar dari sisa-sisa jahiliah dalam diri ini.

Tapi rupanya mengadu saja mana nak cukup. Macam mana tuhan nak kabulkan doa dan harapan makhluk ciptaan-Nya kalau kriteria yang diperlukan tu tak cukup. Macam bagi orang yang tak pandai menjahit kain kosong dan suruh dibuatnya baju, tak berguna. Last-last sekali caca-marba.

Dalam mencari sinar pengharapan untuk berubah, Alhamdulillah hati ini diilhamkan untuk tegar mencari butiran-butiran mutiara untuk hati yang makin lama makin busuk ni. Dulu pernah jugak insan kerdil ni terfikir kenapa Allah teguhkan hati ini untuk teruskan sikap istiqamah untuk join usrah sedangkan dulu pernah juga diri ini merasakan macam join usrah ini tak mengubah apa-apa. Dah lama join macam tak bersih-bersih jugak pun hatinya. Makin rasa buntu adalah bila tengok satu-persatu makin gembira dan berubah dengan tarbiyyah. Di mana silapnya diri ini?

Alhamdulillah, kadang-kadang bicara Tuhan dengan makhlukNya datang dalam bentuk yang pelbagai. Pengharapan untuk berubah tidak cukup kalau diri sendiri tak ikut sama nak berubah. Biarlah tak banyak, tapi insyaAllah Tuhan menilai setiap manusia melalui amalan-Nya. Lagipun bukankah Allah itu al-Rahman dan al-Rahim?

Dalam asyik dibuai lamunan, tiba-tiba hati tersentap. Bukan Allah dan cuba nak tunjuk dah ke ni? Dalam sedar atau tidak, bukan Allah dah ilhamkan dah ke suruh aku berfikir tang mana silapnya diri ini. Sampai bila nak asyik duduk peluk tubuh dan terus menunggu? Macam mana kalau dalam letih menunggu tu tiba-tiba ajal datang menjemput sebelum kita sempat nak berubah? Bukan ke rugi namanya tu? Sia-sia. Habis hilang macam tu sahaja riwayat hidup tanpa sempat nak buat

Lama berfikir, merenung dan cuba meneka apa yang akn terjadi di masa depan. Bukan setakat berfikir tentang masa depan dalam hayat hidup ini, tapi juga dalam hayat yang abadi. Akhirnya nah, tuhan ilhamkan aku untuk bertanya, mengadu, dan berfikir. Masih tak cukup lagikah bukti yang Allah cuba sampaikan sesuatu?

Akhirnya diri ini capai satu konklusi. Tak semua benda kita boleh dapat dengan begitu senang. Apa kau ingat engkau tu special sangat nak suruh hidayah Allah tu datang bergolek? Allah itu maha bijaksana dalam mengatur segala hal. Mana hilangnya iman diri pada ketentuan qada' dan qadar?

Haih hati mengeluh besar nampaknya.

Nampak sangat yang aku ni masih belum bersedia nak berubah. Jahilnya hati ini ya Allah. Maafkan aku ya Allah sebab selalu sangat jadi insan yang selalu merungut dan tak bersyukur.

Hati, minda, akal dan jasad kena ready sebelum hidayah itu Allah hadiahkan. Jangan sampai bila Allah dah anugerahkan hadiah terindah itu pada diri kita, kita tolak sebab tak ready, itu lagi teruk alamatnya.

Yep, itu jawapan dan konklusi diri setelah lama mengelamun. Jadi A, sila atur langkah dan mula mencari sinar itu, dah lama sangat dah hati tu gelap.

3 comments:

Unknown said...

iAllah~
always pray hard for you,,

memang betol,hidayah Allah tue tidak perlu ditunggu,
kalau diri sendiri rasa dah diketuk dengan perasaan ingin berubah,
kenapa biarkan??
takut satu hari nanti,"perasaan" itu tidak datang lagi,kita pulak makin seronok dgn dunia sndiri,,
nau'uzubillah~

semoga Allah tidak palingkan hati kita semua,setelah diberi hidayah..

^_^
go2~

afiqsamuel said...

wah wah mun prays hard for me, terharuuuu!

Anyway nak sampaikan pasal benda lain sebenarnya, tapi hambe tak pandai nak menulis sangat pastu termelencong jadi benda lain. Dapat sipi-sipi je dari tema asal. Sipi-sipi pun sipi-sipilah.

Tapi itulah, silap diri sebab ingatkan yang masing-masing berubah sebab jumpa turning point yang diri bengong di selalu ingat macam hidayah ala-ala yang orang Muallaf dapat, sedangkan diri tak sedar yang ilham dari hati untuk berubah pun salah satu cara Allah nak bagi jumpa turning point tuh jugak.

Aha itu sebenarnya apa yang aku nak tulis, tapi haha, berbelit-belit. Anyway yep moga-moga setelah diberi hidayah kita tak palingkan diri. Amin

afiqsamuel said...

*diri benging ni