Wednesday, July 11, 2012

Husnuzon

Pesanan Imam Al-Ghazali;

1. Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita, kerana kanak-kanak itu belum banyak melakukan dosa daripada kita.

2. Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat kepada Allah S.W.T berbanding kita.

3. Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui berbanding kita.

4. Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan kita mengetahuinya.

5. Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahan yang telah mereka lakukan.

6. Apabila bertemu dengan orang yang jahil, katakan di dalam hati bahawa mungkin pada suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah Islam oleh Allah S.W.T, maka segala dosa mereka akan diampuni Allah.


No comments: