Thursday, July 12, 2012

Summer and Practicals

Dah lama bebenor rasanya tinggalkan ini punya blog. It's not like I tak teringat langsung pasal kewujudan blog ni, banyak sebenarnya idea nak menulis tapi dalam kepala otak ni semua idea lintang-pukang, tak tahu mana mukadimmah, tak tahu mana penutup.

Anyhoo life has treated me so well lately, walaupun suhu di Moscow agak panas since it's summer, tapi other than that I am fine. Majoriti students kat sini semuanya dah balik kampung dah sempena cuti musim panas, aku je yang menggedik nak buat praktikal kat sini dengan segelintir students. Adalah dalam 5-6 orang yang still tak balik lagi. Walaupun balik lambat sikit daripada orang lain, at least I am not that bosan macam yang selalu aku rasa bila balik bercuti lama-lama di Malaysia.

Masuk hari ni, dah cukup 5 hari dah buat praktikal kat sini. Praktikal kat sini takdelah teruk sangat macam yang orang cakap. So far, we all did see most of nursing works like how to inject people via intravenous and intramuscular routes, how to set up IV drip untuk patients dan kitorang sempat belek-belek Case History patients kot. Dengar katanya nanti we will learn how to do catheterization, entahlah, harap-harap ada. Macam biasa, orang luar tak boleh sentuh patients sebenarnya, tapi nurse kitorang punyalah baik hati untuk offer kitorang untuk perform intramuscular injection kat punggung seorang patient ni. Bukan senang nak dapat peluang macam ni, tapi agak melepas jugaklah sebab kitorang tak accept the offer sebab semua macam terkejut dengar offer macam tu. Yelah, tetiba je out of sudden, memang mentally unprepared lah.


Summer sale dah lama dah bermula (sorry, I just have to write about it), tapi my monthly allowance tak masuk lagi and it's making me quite gelisah. I really nak grab a few pieces of clothes from TopMan nak buat baju raya, hampir-hampir nak ambik this one terracota red chinos kot, tapi last minute sambil queue teringat yang bright red chinos from H&M beli waktu winter trip hari tu pun tak terpakai lagi, masih segar dalam closet.


Tapi seriously nak beli few kemeja, few chinos, a straw hat and nak beli those River Island's bags, dah lama dah teringin. Nak beli boots jugak, nak pakai taim winter. And loafers too. And many-many more. Cuma yang masalahnya, i'm such a petite guy, dan bila clearance sale macam ni memang akan jadi susah kemain lah nak cari saiz yang berpatutan. Biasanya yang kecik-kecik tu dah kena rembat awal-awal dah. Takpelah, save seket duit aku. 


So yeah, itu je lah, no pics, no anything, just me rambling on again same stuffs about me and me. Nanti next post I will gonna post some pics, insyaAllah. And oh, we are getting nearer to Ramadhan, i am so can't wait. Excited!! Dah lah separuh bulan aku akan start puasa kat sini, agak mencabar jugaklah memandangkan summer biasanya siangnya memang panjang dan malamnya pulak memang pendek. And this whole siang panjang thingy leads to ramai yang tertanya-tanya, boleh tak nak puasa ikut waktu Mekah sebab waktu siang panjang sangat. 


Kitorang pun mula-mula mengeluh jugak, sebab rasa macam tak mampu je. Tapi taim tengah mencari jawapan kepada persoalan tu, ada seorang staff embassy yang kitorang consult tu buat analogi ni; kalau waktu winter takdelah pulak orang mintak nak panjangkan waktu puasa ikut waktu makkah (sebab in winter malamnya panjang, siangnya pendek), ini yang summer ni tetiba pulak nak pendekkan. Kan kan?


Kerja nak bagi senangkan diri je kerjanya.


So insyaAllah mampu punya dengan izin Allah. Lagipun kan Allah pernah cakap dalam surah al-Baqarah, "boleh jadi kamu membenci sesuatu itu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui". Dan Allah pun bagi ujian sejajar dengan kemampuan kita.


Just yakin dan percaya je dengan Dia, the rest Dia akan eases the way nanti. Lagipun kan percaya tu maksudnya "iman" ^^

No comments: