Tuesday, December 15, 2009

Dia Juara. Aku Bila Lagi? *Berangan*


*update*

Haha, memang betul sangkaan aku, yang juara X-Factor UK malam lepas ialah Joe McELderry, anak didik kepada salah sorang ahli kumpulan Girls Aloud, Cheryl Cole, yang turut merangkap sebagai salah sorang juri X-Factor buat musim ni. Masuk kali ni, dah dua kali berturut-turut anak didik Cheryl Cole jadi juara dalam program nih. Tahun lepas, anak didik Cheryl Cole yang menang – Alexandra Burke. Tahun nih, sekali lagi anak didik dia menang. Aku memang puas hati sangat-sangat dengan season nih, dan finale malam tuh memang buat aku happy betul. Tapi, biasalah, dalam puas hati akan ada jugak yang tak puas hati, kan(??). Apala yang aku tak puas hati nih?? Aku tak puas hati sebab diorang just kena perform dua kali je, dan yang tu membuatkan aku tak puas. Dah la tak der persembahan duet. Kalau cam tahun lepas, adalah jugak persembahan duet ngan artis lain, cam Beyonce. Benci betul. Sekejap je final nyer, pas tu, tup tap, dah habis. Biarlah, nak buat macam mana, bukan duit aku terbitkan rancangan nih.

Mula-mula, memang berdebar jugak nak tahu keputusannya, sebab kedua-dua peserta memang berbakat betul. Dua-dua memang power giler, dan apa yang membezakan antara diorang ialah umur (senyum gatal) dan genre. Olly Murs lebih kepada ala-ala disko seket manakala Joe pulak lebih kepada pop atau ballad song. Aku dapat rasakan yang Olly Murs memang dah buat all out dah malam tuh. Memang obvious giler yang dia memang nak menang program nih. Pilihan lagu malam tuh pun bagus. Pilihan lagu Twist and Shout memang tepat sebab memang lagu tu sesuai ngan dia. Vocally, dia memang bagus, tapi tak leh celen vokal power Joe. Sepatutnya, macam yang lepas-lepas, aku patut tertarik tengok gaya tarian dia yang pelik dan comel tuh. Tapi, malam tadi aku entah kenapa macam tak tertarik ngan gaya tarian si Olly nih. Macam biasa-biasa aja. Mungkin dia letih kot. Apapun, dia memang seorang entertainer sebab orang memang terhibur ngan dia, termasuklah aku.

Joe pulak memang pilih lagu yang memang mampu membunuh si Olly nih; Don’t Stop Believin’. Memang pilihan lagu untuk malam tuh tepat sangat sebab lagu nih sekarang memang popular kat sana sebab merupakan salah satu soundtrack dalam drama komedi Glee. Lagu ni dah la bergenre rock, dan bila si Joe nih nyanyi, memang meremang bulu roma ni. Ade feel la katakan. He he. Setakat yang mana aku mampu perhatikan, Cheryl Cole ni memang pandai pilih lagu untuk dibawa ke final. Pilihan Cheryl memang bagus, sebab pilih lagu yang fresh dan popular. Sebagai contoh, tahun lepas si Alexandra nyanyi lagu Listen oleh Beyonce.

Cuma satu yang aku pelik dan agak tak suka, kenapa lagu The Climb nyanyian Miley Cyrus dipilih untuk jadi cover song untuk diorang. Memang la lagu tu oke, ada maksud yang mendalam, dan merupakan salah satu faveret aku, tapi kenapa aku rasa macam lagu tu memang dipilih khas untuk buat si Joe nih menang? Lagu ni dah la punya fanbase yang cukup besar dalam kalangan remaja, tambahan pulak si Joe ni remaja. Bukanke tu satu kelebihan bagi Joe? Masa aku tahu yang The Climb dipilih tahun ni, aku dah tahu dah yang Olly mesti kalah, sebab ni lagu teenager. Tapi, secara jujur, aku setuju ngan Louis Walsh yang version Olly lagi bagus sebab ade feeling – Olly nangis, dan aku pun stuju ngan Simon Cowell yang si Joe agak nervous masa starting lagu nih, tapi dalam masa yang sama membuatkan lagu ni jadi bagus.

Walaupun apa yang terjadi, result dah pun keluar, Joe McElderry menang, Olly Murs kalah. Si Rachel pun melonjak-lonjak happy taim dia tahu yang Joe menang rancangan nih..hehe. Harap-harap karier Joe akan terus bersinar lepas ni, sebab dengar katanya Simon Cowell yang turut merangkap sebagai penerbit rancangan ni tengah bajet giler-giler untuk jadikan si Joe ni popular, setanding ngan Leona Lewis sebab memang semua juara lelaki yang bagi musim yang lepas-lepas tak menjadi. Apapun, ucapan khas good luck kepada Joe McElderry. Hadapilah masa hadapan yang penuh liku itu dengan hati yang tabah…it’s the climb...lalala :)

p/s - Ya Tulip. Aku pun rindu waktu dulu..muahaha

1 comment:

nadhirah said...

masyaALLAH panjang nye you membebel..haaha