Thursday, December 24, 2009

Updates

Yeay! Syukurlah yang amat sekali lagi, sebab tadi test anat tak macam test. Dia macam dalam mood yang baik sangat-sangat hari ni. Mungkin sebab esok krismas kot? Tapi dia tak sambut Krismas esok, sebab dia Kristian Ortodoks. Entahla, memang dia betul-betul malas kot hari ni. Tadi, kitorang cuma ada MCQ test jer, lepas tuh, dia buat test macam group discussion. Kitorang kumpul ramai-ramai depan preparat – cadaver – mayat dalam preparatory room, dan dia ajar muscle ini dan canal itu. Hehe. Lepas tu, dia suruh masuk balik dalam kelas dan ‘paksa’ kitorang lukis benda-benda yang dia ajar tadi tuh. Lepas tuh, macam biasa, dia terus bagi rehat. Rehat dia memang biasanya panjang nak mampos…tapi kitorang dah biasa. Cuba bayangkan, tiap kali kelas, dia bagi rehat pukul 11.00 a.m, dan pukul 11.40 a.m baru dia masuk. He he. Kalau bab bab rehat ni je yang aku suka pasal dia, sebab taim tuh kitorang leh enjoy!

Nak disambungkan cerita balik, masa kitorang sedang bersenang-lenang sambil melukis, manakala aku pulak bertungkus-lumus cuba study sebab aku tak study langsung malam tadi, si Luciano (mamat Brazil) dan David (USA) datang dari nowhere dan buat announcement; hari ni dia bagi kitorang markah penuh dan tak tanya pasal semua benda mengarut tuh. Cuma, minggu depan tunjukkan kat dia semua buku nota, kerja rumah, lukisan-lukisan dan segalanya. Hati aku terus terdetik; Alhamdulillah! Tapi, terdetik jugak yang biar betik si lecturer aku nih bagi kitorang markah penuh? Cuba bayangkan, INATSA GEORGIVNA, monster comel tuh (cover sket ngan tambah comel) bagi markah free? Musykil nih. Hati aku still tak tenang, sebab aku rasa taim tunjukkan semua lukisan tuh kat dia minggu depan, dia akan tanya balik. Tapi apapun, syukur sebab dia tak tanya apa-apa hari ni. Yeya! At least aku still ada seminggu lagi untuk paham balik benda nih.

Nasib baik semalam aku tak korbankan waktu tidur aku untuk study Anat, sebab semalam memang aku tak paham satu habuk pun yang aku baca. Siap dah maki-maki lagi taim aku study petang tadi. Hajat nak post dalam blog, tapi pikir-pikir balik, macam tak baik jer aku menyumpah seranah pasal benda nih sedangkan sepatutnya aku berusaha. Tapi aku tak kisah, nak post jugak apa yang aku tulis semalam…hik hik. Tapi benda tuh tak habis, sebab tiba-tiba dapat kesedaran dalam hati. Sob. sob.

So, tinggal satu lagi test, Bioorganik. Malasnyaa. Benci betul nak buat skill test besok. Malas. Malas. Malas. Malas. Baru je habiskan baca 5% masa post nih ditulis. He he. Dah A, cepat STUDY! Like Inatsa always said; STUDY! STUDY! STUDY!

Post semalam, ditulis semasa cuba study sambil makan mcD di Ashan City:

Sekarang memang dah rasa amat putus asa dengan Anatomi. Benci. Benci. Bneci. Macam mana la aku nak habiskan semuabenda yang melampau banyaknya dalam masa satu hari, atau lebih tepat lagi, dalam masa satu malam yang dah nak habis nih? Bongok betulla. Cuba bayangkan, minggu lepas ajar, tu pun cincai-cincai jer dan minggu nih, terus tanya untuk exam! Dah la ape benda yang dia ajar tu 1% jer daripada apa yang akan dia tanya besok! Benci. Benci. Benci. Aku benci ngan sistem university yang mostly lecturer dia just makan gaji buta. Kan bagus kalau aku muda balik…aku memang benci dah nak menghadap benda nih. Memang tak tahulah macam mana nak study semua benda nih. Dah memang putus harapan. Makin aku baca buku teks nih, makin aku tak paham. Bongok. Bengong. Benci.

p/s – benci betul bila tengok blog orang lain penuh ngan gambar. Dah la layout comel comel. Tak pe, masa cuti winter nih akan ku usaha untuk renovate sikit benda nih. Alamak, terlebih sudah…cepat study!

No comments: