Tuesday, December 22, 2009

Poyo Dulu Sebelum Nangis

Alhamdulillah, syukur sangat-sangat. Thank you so much Allah!

Empat exam dah berlalu dan semuanya berjalan dengan lancar. Walaupun tak dapat markah penuh kecuali Biology tadi (*wink..bangga), at least aku memang amat-amat bersyukur sebab untuk kali ni, aku tak dapat markah kesian atau cukup makan. Yelah, niat hati cuma nak dapat markah lulus jer. Aku puas hati betul dengan General Chemistry, sebab apa yang aku buat, lecturer aku paham. Aku tak kisah aku tak dapat penuh dalam subjek ni, tapi aku memang puas sebab aku akhirnya dapat paham subjek nih dan mampu eksplain balik kat lecturer aku. Yeay! Lagipun, tak mungkin aku akan dapat markah penuh sebab aku miss satu soalan sebab payah sangat. Nasib baik lecturer aku ni jenis yang memahami sebab masa aku cakap, “ya ne atvechal etot vapros, patamushta ochin trudna” saya tak jawab soklan nih sebab soklan nih susah, dia jawab “Yes. Yes. I agree. This question is really difficult for you”…hehe.

Tentang Physics, tak banyak sangat yang aku mampu huraikan. Sebabnya, dalam banyak-banyak soalan, aku dapat soalan yang topiknya, aku belum baca lagi. So, secara jujurnya aku mengaku yang aku memang meniru bagi subjek ni. Tapi, masa oral aku betul-betul tak meniru. Sumpah. Yelah, nama lagi oral, mana buleh nak meniru, kan. Lagipun, aku cuma tak baca satu topik je, yang lain sumer aku baca. Tak tipu pun. Biology pulak, memang aku tak jangka. Aku cuma baca Biology sejam jer, sebab semalam exam habis pukul 8.30 malam (kan oral) dan sampai kat hostel dalam pukul 10.00 malam. Hajat nak baca ngan tidur dulu, pastu stay up, tapi terbabas tidur sampai pagi esok. Nasib baik bukan aku sorang jer, sebab mostly semua budak laki dalam kelas aku pun tertidur jugak, termasuklah yang balik awal..haha. Taim yang paling aku suka masa exam Bio nih ialah taim lecturer tuh suruh aku tentukan apa spesies worm dalam slaid mikroskop. Dengan kompomnya aku jawab opistronkus felineus…dan terus dia cakap malatdies..haha..bangga.

So, General Chemistry, Physics, Latin Language, dan Biology dah lepas. Tinggal kini, dua subjek maha killer iaitu Anatomy (lusa), dan Bioorganic Chemistry tulat. Kerana aku amat benci akan Anatomy, aku amat yakin yang aku akan kena repeat subjek nih, termasuklah Bioorg gak. Bencinyaaa. Benda nih susah sangat-sangat. Susah nak lepas:Anatomi, dan susah nak faham: Bioorg. Benci! Esok takder kelas, so start malam nih, aku nak struggle gile-gile selagi aku mampu. Doakan aku. Amin.

p/s – BTW, sebenarnya nih final exam for semester 1, dan juga untuk subjek Bioorganic Chemistry. Next semester tak yah study dah Bioorg. Sebab tuh kena study giler-giler. Kalau tak lepas, tak leh naik next sem. Huhu.

No comments: