Sunday, May 23, 2010

Demam AF8


Hari ni ramai yang kecoh-kecoh pasal Akademi Fantasia musim kelapan semalam. A ingatkan, dah tak ramai rakyat Malaysia yang tengok AF, alih-alih hangat la jugak AF musim nih. Even pagi-pagi buta lagi my roomate dah bukak youtube tengok sapa yang menang. hahah, sori ye rummet, aku mengekposekan ko sekejap di sini.

Memandangkan ramai yang kecoh-kecoh mak timah, A pun turun padang kecoh-kecoh jugak.

Sepatutnya masa ni A nak study, tapi sebab perut lapar, plus ada setengah jam lagi sebelum jam tu menunjukkan numbur genap, A amek peluang tengok persembahan final bebudak AF nih kat youtube.

Haha, aku makin mengarut, cakap je lah malas study.

Kalau nak diikutkan, A tak ikut sangatlah AF tahun nih berbanding tahun-tahun lepas, sebab A rasa dah hilang auranya AF nih. Lagipun tahun ni ramai yang dari Sabah, so memang A dah tahu dah mesti suara sumernya macam Stacy. hihi. A bukan biased okeh, cuma A tak minat sangat bila tak ada banyak sangat pilihan negeri nak dipilih. Tiba-tiba teringat pulak pasal Karen AF4 ngan Idayu AF3 dari kelantan tuh.

Masa ni dah tahu dah sapa yang menang, sebab mesti akan adalah sorang dua makhluk yang akan post pasal sapa menang kat facebook. So niat A cuma nak tengok persembahan final bebudak AF ni jelah tahun ni. Juara dia nama dia Shahir, dan naib juara Adira.

Tu je yang A tahu, sebab biasalah, bila ada juara, mesti ada naib juara, dan mesti sok sek sok sek bising pasal yang naib juara patut menang, yang juara tak patut bla bla bla. Tambah-tambah pulak, Adira ni sorang je wakil perempuan yang berentap kat final. Lagila bertambah semangat nak tengok apa aura pompuan nih, sebab biasanya bila ada sorang je perempuan memang konfom sekonfom-konfomnya dapat tempat kelima. Alih-alih dapat nombor dua. Agak ajaib jugak la nih.

Tengok punya tengok, oke, tahun ni dah record lagu siap-siap, pastu siap buat video klip lagi. Mantap nih. Bila tengok, maka mulalah sesi mengomen daripada A yang still tak baca kimia untuk final dua hari lagi nih.

Shahir nyanyi lagu "Kebahagiaan Dalam Perpisahan". Mengingatkan A pada Didie AF4, sebab lagu dia ada background soprano. Overall lagu ni agak oke, tapi sekali dengar macam lagu lama la pulak. Suara memang tok sah cakap la, namanya lagi juara kan kan? Kawalan vokal agak baik la A rasa. Tak macam kakak entah-sapa-entah yang nyanyi final last year. opps. Tapi seriusly, apa baju yang dia ni pakai? Memang AF tanak bagi dia menang ke? Oren sangatlah mak ngah.

Adira nyanyi lagu "Ku Ada Kamu". Terkejut aku dengar vokal Adira nih. Biar betik AF ada penyanyi yang vokal macam nih. Mantap sangat, macam tak caya je ni produk AF. Lagu, biasalah lagu balada, agak touching tapi lama-lama dengar ngantuk la mak timah eh. Apapun, memang tak caya dia ni produk AF. Memang berkualiti betul vokalnya.

Iwan nyanyi lagu "V.I.P". Memang lagu yang paling catchy dan paling menarik malam tuh. Mungkin sebab A muda, so A memang minat lagu-lagu rancak macam ni kot. Tahap oke je bagi A, dan memang konfom tak nampak aura juara. Tapi lagu dia oke. Maksud A, paling oke. hihi

Maulana pulak nyanyi "RSVP". Entah apa maksud dia pun A tak tahu. Bahasa peh-rah-chins rasanya. Ni satu lagi lagu yang A suka malam tuh. Suka suka. Vokal dia memang masuk ngan lagu jazz macam nih. Cuma satu je yang A tak suka, apasal ada jambul mak datin yang selalu dalam drama melayu kat atas kepala dia? opps, maafkan saya abang Maulana. jangan saman saya, saya olang manyak susah maa. ngihihi

Dan last sekali Daus. Aduyai, lagu comel tak hengat. Tajuk "Kenapa", dan lagu ni pun A suka jugak. Memang nampak sangat lagu ni susah nak nyanyi, tak leh nak salahkan dia jugak kalau vokal dia tak oke sangat taim perform. Apapun, entahle, kenapa tak Iwan yang nyanyi lagu ni? Lagi comel kot.

Apapun, yang menangnya Shahir. Dah tak leh buat apa dah. Cuma A rasa, dalam banyak-banyak lagu, lagu "Kebahagiaan Dalam Perpisahan" yang paling tak best. Tajuk punyalah panjang dan emo, pastu bunyinya agak lama seket. Haha. Biarlah, dah jadi lagu dah pon. Siap dah jadi single dah pun sekarang. Lagipun, bukan A yang undi pun. Rumah A pon tadak astro. Tahu pun guna tenet je. Biasalah tu, adat pertandingan, ada menang, ada kalah. Lagipun benda dah lepas dah kot. Bagi sapa-sapa nak tengok persembahan diorang atau pon video klip single diorang, paham-paham la sendiri nak cari kat mana yek. Nak sedut pon pandai-pandai la cari.

Haih A ni dah melalut banyak sangat dah ni. Benda ni bukannya leh bawak masuk exam pon cik A oi. Nak kecoh kecoh pun, rileks la sampai kimia dah habis baca.

Haihh...AF oh AF, exam oh exam.

p/s - A tak layan sangat AF, cuma minat seket-seket je. Hiburan le katakan.


No comments: