Saturday, May 7, 2011

Mama

Sana sini tengok kawan tulis entri sempena Hari Ibu, takkan aku terkecuali kot? Ini tak adil ni, tak aci, tak aci, kena tulis jugak ni.

Walaupun orang cakap yang sambutan Hari Ibu tu propaganda Kristian je sebenarnya sebab nak suruh kita ingat pada Mary, ibu kepada Jesus, tapi wth, aku celebrate jugak Hari Ibu ni. Wahai kawan-kawan, perlu diingatkan di sini yang Mary itu ialah Maryam, seorang wanita solehah yang mulia di sisi Islam. Dalam al-Quran siap ada surah lagi pasal dia, so kalau tak salah, rasanya oke je kan kalau kita ingat pada Maryam yang jugak merupakan seorang ibu ni kan? Lagipun, pengorbanan dia sebagai seorang ibu pun besar jugak, jadi tak salah rasanya ingat pada dia.

Itu pendapat akulah tapi, kalau salah tolong eh betulkan.

Berbalik kepada ibu, aku panggil dia Ma. Orangnya kecik je, agak rendah, tapi kulit dia putih, sedangkan dia selalu cakap yang waktu kecik dia memang hitam. Entah macam mana bila besar boleh jadi putih pun dia tak tahu katanya.

Aku ni kalau dari segi realitinya memang lagi rapat dengan Ma berbanding ngan Abah. Mungkin sebab Abah lagi garang dari Ma kot waktu aku kecik-kecik dulu, sebab tu aku lagi rapat dengan Ma. Aku tak ingat sangat kisah aku waktu kecik-kecik dulu, cuma apa yang aku tahu, aku tersangatlah nakal waktu kecik dulu, banyak sangat lari dari rumah asuhan. Mesti jenuh Ma nak jaga aku kan? Dah la aku ni jenis budak yang hyperaktif pulak tu, lompat sana lompat sini, selalu kena kurung dalam stor dengan kakak aku wuhuhu .

Bila dah besar dan aku pun belajar jauh kat sekolah asrama, bonding antara aku ngan Ma aku jadi bertambah kuat. Tiap kali aku balik rumah bila cuti hujung bulan, aku ngan Ma lah akan jadi orang yang paling last duk kat meja makan taim dinner. Kitorang akan borak-borak, cakap-cakap pasal hidup masing-masing. Aku paling suka taim tu, sebab Ma akan bercerita pasal hidup dia, sejarah dia, pasal kampung, sawah padi, perangai kat tempat kerja dia, semualah kalau nak diikutkan. Waktu tu lah aku rasa bonding aku ngan Ma amat kuat, rasa kuat sangat perasaan ibu-anak tu.

Even taim aku balik dari Moscow pun aku still teruskan tradisi tu, tradisi lepak-lepak kat meja makan lepas waktu dinner. Kadang-kadang adalah kakak aku join sekali, itupun sebab dia nak habiskan baki-baki lauk yang tinggal hahaha.

Tapi seriusly, aku sebenarnya suka lepak-lepak macam tu, berbual-bual pasal hidup dia. Sebabnya, Ma suka cakap pasal sejarah hidup dia yang dulunya memang susah. Yalah, aku dulu bukannya dari keluarga yang berada. Rumah pun rumah kayu yang bila hujan, air hujan menitis masuk. Tu tak masuk lagi dengan sawah padi, pohon getah sebagainya. Aku memang berasal dari keluarga orang susah, dan Ma selalu ingatkan aku pasal benda tu.

Aku suka Ma aku cerita benda-benda macam tu, sebab cerita-cerita dia tu sebenarnya jadi salah satu faktor dorongan untuk aku terus belajar rajin-rajin. Yelah, aku nak dia tengok aku berjaya, dan aku pun nak balas budi baik dia yang bagi aku hidup tanpa sedikitpun rasa susah, sedangkan dulu dia pernah alami hidup susah. Sepatutnya setiap anak kena sedar yang kita hidup senang-lenang ada ps3 gameboy segala, padahal dulunya mak ayah kita pernah jadi penoreh getah, pesawah padi bagai sebelum berjaya kerja kerajaan. Itu kalau nak ikut kisah Ma ngan Abah aku lah tapi, lain famili lain cerita.

Anyway, aku takde idea sangat, sebab aku tahu setiap orang pun bangga ngan Ma masing-masing. Aku malas nak tulis panjang-panjang puji Ma aku, daripada tulis sini baik aku call dia dan puji depan-depan kan kan?

So kepada Ma, walaupun Ma tahu yang A dan adik-beradik yang lain sayang sangat-sangat kat Ma dan Abah, tapi kot-kot manapun, benda tu still tak nampak kan? A nak sangat suruh benda tu nampak, so A nak belajar rajin-rajin dan berjaya supaya itu jadi bukti yang A sayang Ma dan Abah. Bukan stakat belajar rajin-rajin je supaya senang hidup atas muka bumi ni, A akan cuba jadi insan yang baik dan soleh jugak, sebab kan doa-doa anak yang soleh tu mampu gembirakan ibubapa kita nanti kan? Walaupun rasanya jauh lagi nak capai tahap tu, at least kita mencuba.

Apapun Ma, A sayang sangat kat Ma.
Miss you Ma, selamat Hari Ibu.


ps - itu bukan keluarga aku yang ada ps3 bagai, tak pernah hayat aku sentuh benda tu. Itu just metafora nak bagitau hidup senang anak-anak Ma dan Abah.

1 comment:

qirhsan said...

gud luck dalam mengejar cita2 anda... hehe.. happy Ma's day!!!...