Sunday, May 22, 2011

Removed

Oh ini rupanya rasa hati bila kena remove sebagai kawan dalam dunia facebook.

Kalau mengikut sejarah lampau, aku cuma pernah remove dua insan je dari facebook, sebab insan pertama so bloody annoying, dan insan kedua pulak sungguh psiko. Tapi tu memang berzaman gila dah. Yang lain aku tak remove, sebab aku malas nak buat inspection, check sorang-sorang samada patut kena remove ke tak. So aku approve-kan saja semua yang request muahaha.

Tapi kan, sepanjang aku approve takdak sorang pun yang berterima kasih ngan aku punya approval. Mungkin ramai yang ingat thankies thankies ni soo old fashion, soo friendster katanya, tapi bagi aku its a big thing. Bila add tu maksudnya nak berkawan, dan first step nak berkawan dalam dunia fb bagi aku adalah dengan berterima kasih. Yalah, takkan aku pulak yang kena berterima kasih kan? Tapi entahlah, generasi baru lah katakan, lupa habis segala adab budi bahasa.

Sebenarnya aku nak cakap yang aku terkejut bila stalk-stalk wall orang, tiba-tiba terperasan yang salah sorang insan yang aku kenal ni bukan kawan aku kat fb. Aku yakin sangat yang aku dah add dah dia, sebab...okeh aku takdak alasan yang kukuh, cuma aku memang yakinlah.
Tapi tapi bila tengok opsyen "add as friend" kat page dia, aku terkejut. Rasa macam dah add dah. Memang soheh lah aku kena removed ni. Tapi, kenapa?

Kenapa kenapa kenapa?

Setakat yang aku ingat, aku takdelah bermusuh dengan dia. Tak pernah rasanya aku kutuk, hina, maki hamun atau bertumbuk dengan dia walaupun aku perasan yang dulu dia tak berapa suka sangat ngan aku. Aku tak tahulah sebab apa, tapi aku still lagi cuba keep it cool. Aku tak suka sangat gaduh-gaduh ni, buat diri jadi tak selesa. Nak makan, tidur, berak, semua tak selesa. Tapi bila sampai ke tahap removed friend fb, apa salah aku sebenarnya?

Rasanya aku tak pernah buat salah depan-depan dia, aku tak pernah selisih faham dengan dia. Cuma aku tahu yang dulu hubungan tu agak fake lah. Aku tahu yang dia tak suka aku, dan walau macammana sekalipun aku cuba buat-buat baik, still lagi rasa macam dia tak suka aku. So kot kot manapun memang jadi fake lah kan? Tapi tu kisah lama, dan dia pun pernah mintak maaf ngan aku tanpa sebab, so memang betullah dia tak suka aku.

So aku ingat hubungan tu dah jadi normal, dan aku pun dah lama tak dengar khabar dari dia. Tak tau lah pulak yang tuptap tuptap, dia removed aku.

Kenapaaaa?

Ishh tak sukanya , tak suka betul bila orang jauhkan diri bila kita ada buat silap.
Sepatutnya kena berani seket, bagitau depan-depan, sebab kalo tak, camana aku nak baiki salah silap aku tu kan?

Tak sukaaa, pleasse lah bagitau apa aku buat silaaap TT__TT

2 comments:

Al - Amin said...

Salam!

Mas, tau x yg muiz x suka kalu org post 'thanks' bila org approve friendship. especially kt fb. fr him budaya tu mcm bolop lh kot. gueh pn x sure the reason. tp dia pnah bg taulh kt gueh.

btw, sy pnah cek gak brapa org yg remove sy & i was like suprise. ada jgak rekod org yg remove gueh. x tau nape diorg remove. kam oyap biasanye bnda ni jd bila kita slalu approve org yg kita x knal.sumtimes diorg nk kmaskini diorg pnya friend so they remove anyone who they actualy dont know.

tp dlm situasi awk ni lain sk8 :)

Wassalam!

afiqsamuel said...

Oh ye ke?

Well, manusia lain-lain kot, sebab some of my friends pun tak suka orang tulis "thanks" etc, soo frensterr lah katanya.

Anyway, saya tak kisah pn kalau org yg sy approve tu remove sy, sbb sy mmg tak kenal pun diorg. Cuma in my case, this person memang sy kenall sgt sgt. Kalau tak kenal takpo, tapi ni mmg kenal.

Sedih sbb rasa mcm kita bersalah.

UPDATE ..

Well, suprise suprise, he removed me from YM too.