Friday, February 12, 2010

Laptop Masuk ICU


Ya Allah, terima kasih sangat-sangat. Alhamdulillah.

Malam tadi, nyaris-nyaris laptop A rosak lagi. Macam kes yang dulu, laptop A asyik restart jer kejenya. Sebabnya, A yang gatal-gatal tak sabar nak tunggu Windows tu loading. Taim nak loading tuh, A dengan gatalnya tekan F2, sebab taim tu ada macam tulisan yang cakap "press F2 for Setup". Tekan punya tekan, A tertekan something yang membuatkan sistem Windows tu berubah. So, Windows tu ngan kompomnya tak leh bukak. Asyik-asyik reboot, lepas tu reboot.

A memang rasa nak nangis, sedih dan memang down gilalah punya. Yelah, katakanlah problem tuh tak leh nak disetelkan dan terpaksa dihantar ke kedai, kat mana la A nak cari duit untuk bayar kos pembaikan tuh. Dah la kat sini mahal, duit elaun dalam bank pun tak cukup. Tinggal beberapa kupang jer lagi. Ciput jer.

Sedih punya sedih, A cuba ikhtiar nak baiki sendiri, mana tau kot kot Allah jadikan laptop tu macam biasa. A pinjam laptop roommate dan cuba Google-kan apa-apa yang maybe boleh membantu. Cari punya cari, try punya try, memang tak berjaya. Sedih dubel tripel taim.

Pastu, tiba-tiba jer teringat kat kawan Intec dulu. Memang dia ni pakar laptop tujuh petala langit la. Dulu dia pernah sekali tolong A repairkan laptop A. Tapi, yang jadi masalahnya, dia universiti lain, A universiti lain. Dah la tu, A tak der nombor dia. Terpaksa la A gunakan YM untuk tinggalkan mesej offline untuk dia.

Tunggu punya tunggu dalam kesedihan yang terlampau ekstrem, akhirnya dia online. bila A tahu dia online, terus A Buzz dia dan bagi tau problem A. Selidik punya selidik, akhirnya dia suruh A buat something iaitu tukar satu option kat F2 tuh, daripada EHTI ke IDE (tak ingatla betul ke tidak). Kiranya macam tukar daripada NO kepada YES la, ataupun daripada DISABLED kepada ENABLED.

Tup tap tup tap, akhirnya laptop tuh berjaya diselamatkan. Memang kawan A tuh memang betul-betul pakar ekspert komputer la. Nasib baik Allah kurniakan ilmu tu kat dia, dapat jugak la dia tolong insan-insan yang tak pandai-mandai dalam dunia IT nih macam A.

So pengajaran yang A dapat untuk kes ni : Jangan memandai-mandai nak gatal tangan tukar atau main-main apa-apa sistem lam laptop kalau tak tahu. Nanti teruk jadinya.

p/s - Memang A kena balas jasa insan nih sangat-sangat. Dia baik :)

1 comment:

Unknown said...

hoho..sape kah itu??
btol2 terel nie!