Friday, February 5, 2010

Ini Bebelan Terhadap Sahabat

Syukur kepada Allah SWT, hari ini A berjaya melangsaikan bayaran sewa hostel Pushkin yang memang mencekik darah sampai tak ingatkan dunia tuh. Memang jumlah yang terpaksa dibayar amat menakutkan, dan kadang-kadang, bila pikir-pikir balik, macam tak logik jer harga sewa hostel sebanyak tu. Kalau harga hostel pun dah macam tu, ini apatah lagi harga sewa apartment, hotel dan sebagainya? Yelah, harga toilet berbayar tepi jalan pun dah RM2.50, inikan pulak harga benda-benda lain.

Apapun, A dapat pengajaran berguna sepanjang proses pembayaran nih, terutama tentang istilah KAWAN atau SAHABAT. Sama-samalah kita hayati.

FAKTA 1 - Duit boleh menyebabkan seseorang insan yang sememangnya kita anggap sebagai kawan boleh berubah menjadi bengong, bongok, bengap, bangang, buta dan bodoh tanpa memikirkan nilai ukhuwah persahabatan yang telah lama dibina.

FAKTA 2 - Tahap kesabaran setiap manusia ada limitnya. Dan, bila sampai limitnya, baru manusia akan sedar yang kesabaran itu tak berguna dan kadang-kadang perlu dibalas dengan ketidaksabaran

FAKTA 3 - Kawan yang betul-betul kawan memang susah nak dicari sejak kebelakangan ini. Sama ada kita yang cerewet dalam mencarinya, atau kita perlu bersikap hipokrit dalam berkawan sehingga menyebabkan wujudnya perasaan tak selesa, curiga dalam persahabatan?

FAKTA 4 - Kadang-kadang pengorbanan yang dilakukan tak berguna, sebab pengorbanan biasanya orang tak nampak. Jadi, mereka senang salah faham terhadap pengorbanan kita. Adakah ini bermaksud yang setiap kali kita berkorban, kita perlu canangkan kepada orang supaya orang nampak pengorbanan tuh, ataupun ini bermaksud yang tak de faedahnya kita berkorban?

FAKTA 5 - Kita tak boleh sentiasa berfikiran positif terhadap setiap manusia. Mereka secara fizikal memang nampak positif, tapi kot kot mana pun nilai negatif tu tetap ada, dan yang menyedihkan, nilai negatif tu memang kot kot mana pun susah nak diterima, at least buat masa sekarang

FAKTA 6 - Kerana mulut badan binasa, tapi bagi A, kerana mulut kebenaran terbongkar, walaupun kebenaran tu menyakitkan. Dah Tuhan nak tunjukkan nak buat macam mana.

FAKTA 7 - Masihkah tipu-tipuan berguna dalam persahabatan? Apa sebenarnya motif menipu dalam persahabatan? Sama ada tak nak ada yang terasa hati ataupun sekadar demi kepentingan diri (yang ni sama ngan kes hipokrit tadi) ?

FAKTA 8 - Bila timbul bab-bab kepentingan diri, seorang sahabat memang wajib akan tinggalkan sahabatnya yang lain tanpa tengok atau nilai yang sebenarnya sahabat tu dah berkorban untuk dia. Yelah, dah dikaburi sebab nak jaga kepentingan diri. Jadi ni maksudnya yang mulai hari ni, kita tak yah dah la susah-susah berkorban untuk kawan lain la sebab yang lain dah memang obvious pentingkan diri?

FAKTA 9 - Relevan lagikah proses mencari seorang sahabat yang betul-betul sahabat sedangkan dah memang jelas terbukti di depan mata yang tak de sorang pun yang tampak betul-betul seperti seorang sahabat? Baik kita putus asa je ke, atau perlu terus mencari walaupun makin lama mencari, makin sakit hatinya?

FAKTA 10 - Manusia sekarang bukan lagi bijak, tapi bodoh nak mampus. Kadang-kadang pelik jugak bila difikirkan, sepatutnya dalam dunia yang makin maju ni, manusia patut jadi makin bijak menguruskan hal-hal kehidupan, tapi makin lama makin bangap jadinya.

Itu kesimpulan yang A dapat simpulkan untuk hari ni. Ini sekadar review bagi gelagat manusia yang makin hari makin pelik. A nak tengok dan observe yang review ni lama-lama akan berubah, atau masih kekal di tampuk lama je. A yakin benda nih akan berubah, sama ada jadi positif atau negatif. Kita sama-sama nantikan jelah ye.

Manusia oh manusia. Kamu makin bangap pulak jadinya ye.

p/s - Post ini bukan dibuat berdasarkan pengalaman A, sebab A dah tawar hati dalam bab-bab ni. Ini dibuat melalui keluhan seorang rakan yang punyai ramai kawan.

Post ni jugak bukan berniat nak menghentam saper-saper, tapi bila orang yang baca ni terasa, memang A nak hentam kamu la tu. Ahaha :)

A memang suka hentam-hentam orang. Kan kerana mulut kebenaran terbongkar?

No comments: