Sunday, February 28, 2010

Cara-cara Memasang Emoticons

Hari ni A nak jadi skema.
Nak ajar-ajar orang kena guna ayat yang betul.

Oke.


Berikut merupakan cara-cara untuk meletakkan emoticon sebagai penyeri blog anda.

Emoticon merujuk kepada figura animasi yang comel, dan berfungsi untuk menceriakan blog anda. Namun, prioriti utama kebanyakkan penulis blog menggunakan emoticon adalah untuk mengekspreskan perasaan si penulis terhadap sesuatu perkara seperti marah fathinielovechocolate.blogspot.com , sedihfathinielovechocolate.blogspot.com, gembirafathinielovechocolate.blogspot.com dll melalui post yang mengandungi emoticon tersebut.



Lazimnya, terdapat dua jenis emoticon yang boleh digunakan, iaitu;

1. Installed Emoticons
2. Copied-and-Pasted Emoticons
(haha..A pandai-pandai jer letak nama nih)

Installed Emoticons

1. Aplikasi ini cuma akan muncul sewaktu menulis blog menggunakan Firefox sahaja. Buat mereka yang tidak menggunakan Firefox, anda boleh download Firefox di sini.

2. Apa yang anda perlukan ialah aplikasi yang dinamakan Greasemonkey. Sila klik sini untuk download dan install aplikasi Greasemonkey ini.

3. Sesudah Greasemonkey berjaya di-install, sila pastikan aplikasi tersebut berada dalam keadaan "enabled" dan bukannya "disabled"

4. Seterusnya, anda hanya perlu install emoticons yang telah siap direkacipta khas untuk penulis-penulis blog yang gemar ataupun berminat untuk menggunakan aplikasi ini.



Emoticons berikut merupakan dari blog Chocthinie;


+ sila klik sini untuk install emoticons Cici Monkeyfathinielovechocolate.blogspot.com
+ sila klik sini untuk install emoticons Girl Yellowfathinie
+ sila klik sini untuk install emoticons Japanese Love Emoticonsfathinie



dan yang ini pula melalui blog Blogger Emoticon;


+ sila klik sini untuk emoticons Onion versi 1.0
+ sila klik sini untuk emoticons Onion versi 2.0
+ sila klik sini untuk emoticons Onion versi 3.0
blogger-emoticon.blogspot.com blogger-emoticon.blogspot.com blogger-emoticon.blogspot.com

+ sila klik sini untuk emoticons Baifu versi 1.0
+ sila klik sini untuk emoticons Baifu versi 2.0
+ sila klik sini untuk emoticons Baifu versi 3.0
+ sila klik sini untuk emoticons Baifu versi 4.0


untuk lebih emoticons dan tutorial bergambar yang benar-benar membantu, silalah layari blog Blogger Emoticon di sini. Jangan lupa juga layari blog Chocthinie (klik sini) untuk lain-lain tutorial yang berguna.

Copied-and-Pasted Emoticons

Bagi copied-and-pasted emoticons, apa yang hanya perlu dilakukan oleh penulis blog ialah copy, dan paste-kan kod emoticons tersebut ke dalam post penulis.

Teknik ini ternyata lebih mudah, dan lebih banyak pilihan. Namun, penulis blog perlu sedikit rajin untuk singgah dan mencari emoticons yang dikehendaki yang mana bagi A, amat melecehkan.


Terdapat dua laman web yang menjadi pilihan A;


Hanya perlu layari laman web tersebut dan copy dan paste-kan kod html (ingat! hanya "code html") ke dalam post anda.

contoh : MyEm0.Com MyEm0.ComMyEm0.Com atau MyEm0.Com MyEm0.Com atau MyEm0.Com MyEm0.Com atau yang ini MyEm0.Com MyEm0.Com



Apa-apapun, diharap A berjaya membantu mereka yang memerlukan.
Akhir bicara daripada A, selamat menjamu selera.


P/S - A amat minat kucing, dan katak juga. Mereka comel amat :)
Maaf kalau tak faham apa yang A tulis. Malu bertanya sesat jalan.
Ahh, comelnyaa emoticons nih. *drooling


Updates

A tahu, ramai yang hadapi masalah dengan border yang mengelilingi Emoticons nih. Bagi A, A amek jalan mudah dengan guna layout putih, dan tukarkan kaler border tuh kepada putih. Sebab tuh A tukar layout tu secara tiba-tiba hari tuh. jalan selamatlah katakan

Tapi, sebenarnya ada caranya untuk hilangkan border tuh.

1. Bukak Blogger Dashboard
2. Pilih Blog's Layout link. Pastu klik edit HTML tab.
3. Lepas tu, korang akan nampak bahagian Edit Template.
4. Cari bahagian yang ada tulis ".post img" :

.post img, table.tr-caption-container {
padding:4px;
border:1px solid $bordercolor;

5. Tukar bahagian border:1px tu kepada 0px. Benda nih akan menghilangkan semua border yang mengelilingi gambar dalam post korang
6. Tekan preview dulu untuk pastikan benda tuh menjadi atau tak. Kalau jadi sila tekan save
7. Jangan tukar benda-benda lain. Nanti bengong jadinya blog tuh

Good luck sumer.

P/S - Cih! Incik Kangkong tak baca pon post aku. sedih :(

4 comments:

Unknown said...

cmne nk ilangkn border dye??
waaaahh..tnsen2..

afiqsamuel said...

Jap mun mun. I'm working on this. Tengah updatekan.

afiqsamuel said...

cik Mun Mun. Dah updatekan. Sila cube try tengok. Hope jadi.

Nazri Wafi- nadkangkong@gmail.com said...

Haha..sungguh2 ko tulis eh? Terharu2...thanx bro, mantap a =)