Wednesday, February 3, 2010

Kuiz Paling Mudah Seantero Semenanjung Arab

*Maafla yer. Title tak der kena mengena langsung ngan post kali ini.

So, tengah asyik berblogwalking beberapa saat yang lalu, A terjumpa sesuatu yang menarik untuk dikongsikan bersama. A jumpa dalam blog ini. Post nih ditulis dalam bahasa inggeris, tapi secara sukarelanya A cuba sedaya upaya untuk meng-translatekan benda nih. Tolongla jangan kutuk hasil terjemahan A nih. Kalau tak, A seksa korang sampai tak leh nak menaip dah. Haha :)

---------------------------------------------------------------------------------------------

Petikan berikut merupakan salah satu daripada falsafah hidup Charles Schultz, insan yang telah mencipta komik "Peanuts". Pembaca tak perlu terhegeh-hegeh mencari jawapan bagi setiap soalan yang tertera. Teruskan membaca sehingga ke penghujung emel ini, dan anda akan memahami maksud sebenar yang cuba hendak disampaikan oleh beliau.

1. Namakan lima insan terkaya di dunia.

2. Namakan lima pemenang terakhir yang telah menjuarai trofi Heisman

3. Namakan lima pemenang terakhir yang telah memenangi gelaran "Miss America"

4. Namakan sepuluh cerdik pandai yang telah memenangi hadiah Nobel atau Pulitzer

5. Namakan pemenang yang telah menjuarai anugerah pelakon terbaik dalam Academy Award

Jadi, bagaimana hasilnya? Apakah jawapan kalian?

Jika difikirkan, tiada sesiapa di antara kita yang mengingati nama-nama mereka yang pernah tertera di muka depan setiap dada akhbar suatu ketika dulu. Mereka bukannya calang-calang orang. Masing-masing merupakan yang insan yang terbaik dalam bidang masing-masing. Namun, tepukan demi tepukan yang diterima saat menerima anugerah hilang begitu sahaja kini. Pencapaian mereka dilupakan. Ucapan serta anugerah, terkubur begitu sahaja.

Ini satu lagi kuiz yang kalian perlu jawab:

1. Senaraikan nama beberapa guru yang telah membantu kalian sepanjang kalian bersekolah

2. Namakan tiga sahabat yang telah membantu kalian mengharung suka-duka kehidupan

3. Namakan lima insan yang pernah mengajar kalian tentang sesuatu yang berguna

4. Fikirkan nama beberapa insan yang membuatkan kalian rasa dihargai dan istimewa.

5. Namakan lima insan yang membuatkan kalian rasa gembira menghabiskan masa bersama-sama

Soalan tersebut lebih mudah dijawab, bukan?

Pengajarannya : Mereka yang menyebabkan hidup kalian penuh dengan warna bukanlah mereka yang mempunyai banyak kelebihan, bukan juga mereka yang paling kaya di dunia, serta bukan juga mereka yang telah memenangi berdozen-dozen anugerah. Mereka merupakan insan yang biasa, insan normal yang sentiasa mengambil berat akan kamu.

Sebarkan emel ini kepada mereka yang telah menyebabkan hidup kamu berwarna-warni.
"Jangan risau dunia akan berakhir hari ini. Ianya sudah hari esok di Australia" - Charles Schultz

p/s - Klik sini untuk teks asal dalam bahasa inggeris. Lagi ber'feeling' rasanya.

Updates: Waa. Tak tahu la pulak penulis blog ni merupakan seseorang yang A kenal. Maafla encik penulis blog, saya budak baru belajar. Huhu.

No comments: