Tuesday, February 2, 2010

Coret-moret Hidup

Cuaca di sini makin menggila. Semalam, suhu dilaporkan setinggi -2 celsius, kira dah panas la tuh daripada suhu biasanya yang mencecah -25 celsius. Hari ni pulak, suhu jadi turun balik, -4 celsius, tapi kira panas jugak la tuh. Yang paling tak leh tahan, hari ni salji turun diikuti angin kencang. Memang nak tercabut rasanya rambut nih saat mengharung ribut salji tuh atau bahasa omputehnya disebut hailing.

Cukupla bicara pasal bab tu.

Sebenarnya, A masih lagi terkilan ngan satu kejadian yang menimpa diri dan keluarga A baru-baru ni. A bingung, tak tahu nak klasifikasikan kejadian nih sebagai musibah atau hikmah daripada Tuhan. Takut sebenarnya bila timbul bab-bab macam nih.

Aunty A telah kembali ke rahmatullah Ahad lepas, 31 haribulan Januari. Sebenarnya dia bukannya aunty A pon, cuma A anggap macam tu sebab dia tua daripada A dan sebagai tanda hormat A kat dia. Dia sepupu A, anak kepada kakak mama A, atau Mak Long A. Keluarga A sebelah mama memang pelik seket, sebab sepupu-sepupu A sama baya ngan mama A, dan anak sepupu A sama baya ngan A. So, A panggil anak sepupu A sebagai sepupu, dan sepupu A sebagai aunty uncle. Rumit kan?

Kita tinggalkan dulu bab bab salasilah keluarga ni.
Berbalik kepada aunty A tu, dia meninggal disebabkan kanser. Tak pastila kanser apa, tapi A rasa kanser payudara. A sedih sangat-sangat, sebab pemergian dia memang menyebabkan A berfikir. A sebak sebenarnya, sebab ada kisah menarik di sebalik pemergian dia. Sepatutnya, A tak patut siarkan benda nih. Tapi, kisah aunty A ni memang menyentuh jiwa A sangat-sangat.
Entahla, A pun tak pasti wajar ke tak tindakan A nih. A bukan berniat nak malukan saper-saper, cuma A rasa, kisah dia memang buat A banyak berfikir.

A memang terkejut sangat-sangat saat A tahu yang dia dah tak der, sebabnya, dia pergi sehari sebelum tarikh hari lahir mama A. A tak dapat bayangkan, yang mama A mesti terkejut amat sangat dengan pemergian dia, sebab mama memang rapat sangat ngan sepupu-sepupu A, termasuklah dia.

Sebenarnya, arwah ni dah menghidap penyakit ni 3 tahun lepas. Tak tahulah betul ke tidak sumber ni, tapi bila didiagnose oleh doktor, memang penyakit dia dah mencapai tahap kronik. Memang susuk fizikal dia memang berubah sangat-sangat. Masa nih, A masih ingat yang dia kerap bergaduh ngan kakak dia, merangkap aunty (sepupu) A jugak, yang mana merupakan seorang nurse. Sebabnya, si arwah ni tak nak jalani rawatan secara moden, dan nak selesaikan masalah ni ngan cara tradisional. Dia insist cakap yang penyakit ni bukan kanser, dan A masih ingat lagi ayat arwah; "nak buat macam mana kalau tuhan nak amek nyawa kita. Soal hidup mati tu Tuhan yang uruskan. Kalau Dia nak kita tak der, tak der la kita".

Si kakak ni asyiklah melenting sebab memang dah jelas benda tuh kanser, dan bukan penyakit biasa. Tapi takpe, A dan ahli keluarga yang lain tahu yang dia sayangkan aunty A. Pendapat A lah kan, A rasa yang si arwah dah tahu benda tu kanser. Cuma, dia tak nak rawat secara moden sebab dia tahu yang dia dah tak der harapan nak hidup. A tahu, rawatan moden atau chemotherapy ni memang menyusahkan, dan ramai prefer tak nak buat rawatan ni sebab memang side effect dia menakutkan. Yelah, aunty A ni penolong kanan sekolah menengah, takkanla dia tak taw benda kanser manser nih. Mesti ni alasan dia, sebab dia tak nak bagi orang lain rasa sedih.

A masih ingat lagi yang taim A tahu yang dia cakap macam tuh, A marah-marah. A cakap, ayat tu macam ayat orang nak membunuh diri. Sebabnya, suami dia meninggal dunia setengah tahun yang lalu, dan A fikir taim tu, ayat tu macam dia dah putus asa ngan hidup dia sebab dah kehilangan orang tersayang. Tapi bila fikir-fikir balik, itu hak dia. Kita tak tahupun macam mana perasaan orang yang menghidap penyakit macam tu. Sakitke? Sedihke? Kita tak tahu. Kita tak tahu.Mungkin dia rasa itu wajar, tak nak menyusahkan orang lain, dan tak nak orang lain sedih-sedih. Yelah, ibu bapa dia pun masih hidup lagi. Kalau kita yang masih muda ni pergi dulu daripada mereka yang melahirkan kita, takkan ke sedih namanya?

Sekarang ni, dia dah pergi. Pergi selama-lamanya, dan memang kitorang semua takkan dapat jumpa dia lagi. al-Fatihah ~

Secara jujur, A takut sebenarnya. Makin lama hidup, makin takut A rasakan. Makin lama bernafas di atas muka bumi Allah ni, makin ramai insan yang berkait rapat ngan A meninggalkan dunia yang Allah cipta nih. A fikir, A bila lagi?

A selalu fikir yang kadang-kadang A rasa macam A patut mati je, sebab A tak nak hadapi hari kiamat. A takut yang amat. Tapi, bila fikir-fikir balik, banyak sangat ke amalan A kat dunia nih untuk mati? Bersedia sangat ke A ni nak menghadapi alam barzakh?

Yang A selalu fikir, A nak berubah. A nak jadi warak, selalu takut akan Allah. Tapi, bila tu? Bila A nak berubah? Esok, lusa, tulat, minggu depan, bulan depan, atau bila? Entahla, tu je yang A mampu jawab. Adakah ni bermaksud A ni masih lagi jahil? Bodoh? Bengong? Macam ada separuh dari jasad A yang tak nak betul-betul berubah, dan itu menakutkan A. Menakutkan sangat-sangat.

Bila kejadian macam ni berlaku, A takut. Tapi bukan ke A patut takut setiap masa ke? Kenapa? Kenapa bila ada yang pergi je baru A rasa takut? Kenapa tak selalu? Kenapa tak setiap masa? Kenapa? Kenapa?

A jawab, A tak tahu. A musykil. A pening.
Entahla. Hidup ini susah

p/s - baru balik dari muzium. Bencinya, gambar aku tak comel sangat. Kepada sesiapa yang nak pergi, sila ajak aku sekali. Nak posing habis-habis punya untuk kali kedua.

1 comment:

Unknown said...

takziah..
moga arwah ditempatkn di kalangan org2 yg beriman..

*berubah*-1 mnde yg aku rse sume org nk bwat..tp slalu xjd..
aku pn cm2..=(..nk berubah bkn susah..tp nk maintain berubah sgt susah..lg2 biler environmnt xmnggalakkn..~
sama2 la kita berdoa supaya dpt berubah ke arh yg lebih baek..insyaAllah..~^_^