Sunday, February 7, 2010

Quickie Notes

Waa..ada empat jam lagi sebelum kelas untuk semester dua bermula. Tak suka tak suka. Yelah, nak dekat sebulan cuti sempena Musim Sejuk, bila kelas nak bukak memang malas yang amat. A tak berapa suka ngan jadual baru ni sebenarnya, sebab rasa macam ekstra padat sangat-sangat. Dahla start awal (nak mampus), balik lewat (nak mampus) pulak tu. Macam susunan tu tak betul je. Tak cukup ngan tu, hari Sabtu ada kelas pulak tuh. Bencinya! Walaupun hanya kelas Pendidikan Jasmani (kelakar kan? dah tua bangka pun still ade P.E lagi), A tetap rasa benda tuh menyampah (walaupun kadang-kadang enjoyable la jugak). Sememangnya, subjek tu merupakan subjek yang A paling benci sejak dari sekolah menengah lagi. Haha. Biarlah, nak buat macam mana lagi. Kelas still kelas. Memang tak dapat lari daripadanya pun. Haiseh. Apapun, ni sedikit preview apa yang A kena hadam dalam masa lebih kurang empat bulan yang akan datang nih. Harap-harapla sumernya akan lumat sebati nanti, dan bukannya basi.

ISNIN : Lecture Biology and Ecology, Lecture Physics, Physics
SELASA : Physical Education, Lecture Chemistry, Chemistry
RABU : Biology and Ecology, Lecture Histology
KHAMIS : Anatomy, Lecture Anatomy, History
JUMAAT : Latin Language, Histology
SABTU : Physical Education

Arghh, tak suka! >.<

p/s - ke mana menghilangnya tools untuk kalerkan font? peliknya..

No comments: